Rakyat yang ingin menumbangkan rejim
Rakyat yang ingin menumbangkan rejim

Rakyat yang ingin menumbangkan rejim

Rakyat yang ingin menumbangkan rejim (Arab: الشعب يريد إسقاط النظام, Ash-shaʻb yurīd isqāṭ an-niẓām, [æʃˈʃaʕb juˈriːd ʔɪsˈqɑːtˤ ˌænniˈðˤɑːm]) merupakan slogan berunsur siasah yang berkaitan dengan kebangkitan dunia Arab.[1][2] Slogan ini muncul buat kali pertamanya ketika Revolusi Tunisia dimana ia dilaungkan di Avenue Habib Bourguiba, Tunis selama beberapa minggu.[2] Slogan ini juga kerap kali digunakan semasa revolusi Mesir 2011 sama ada dalam bentuk grafiti ataupun sorakan dalam perhimpunan.[3][4][5][6][7]Sorakan Rakyat yang ingin menumbangkan rejim juga dilaungkan di Bahrain[6][8][9] dan dalam protes di Yemen.[10][11] Slogan ini telah digunakan dalam perhimpunan di seluruh Libya ketika awal pemberontakan pada tahun 2011.[12] Pada Mac tahun yang sama, sekumpulan belia dibawah usia 15 tahun telah ditahan di Dera'a, selatan Syria selepas membuat grafiti bertulis Rakyat yang ingin menumbangkan rejim. Penangkapan mereka itu mencetuskan kebangkitan di Syria.[13][14]

Rujukan

WikiPedia: Rakyat yang ingin menumbangkan rejim http://www.atimes.com/atimes/Middle_East/MB02Ak03.... http://www.ft.com/cms/s/0/9624c2ec-38d5-11e0-b0f6-... http://gulfnews.com/mobile/opinions/columnists/18-... http://www.hurriyetdailynews.com/mob_n.php?n=the-r... http://nationalyemen.com/2011/02/26/sa%E2%80%99ada... http://thelede.blogs.nytimes.com/2011/02/04/latest... http://www.nytimes.com/2011/02/01/world/middleeast... http://www.washingtonpost.com/todays_paper/A%20Sec... http://au.news.yahoo.com/thewest/a/-/world/8864549... http://www.youtube.com/watch?v=0tskWhWtl6I